Dari minggu pertama Pengurusan Pembelajaran (KPS3014) sehingga kini saya amat tertarik dengan personaliti seorang rakan yang sekelas dengan saya. Personaliti rakan saya sebanyak sedikit memberi kesan kepada saya dari hari ke hari. Ini Shafiq. Dia merupakan mahasiswa dari Fakulti Teknologi dan Vokasional. Dia dari program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga dengan Kepujian. Perwatakan yang saya tertarik dengan dia ialah Shafiq seorang yang fokus. Walaupun kadang-kadang sesi pembentangan mahasiswa kelihatan bosan, namun Shafiq tetap fokus dan mengambil nota terhadap sesi pembentangan tersebut. Selain itu, Shafiq merupakan seorang yang bersopan santun. Hal ini demikian kerana cara percakapannya dengan pensyarah mahupun rakan-rakan sangatlah lemah lembut dan bersopan santun. Akhir sekali, walau apa pun keadaan Shafiq sentiasa berpakaian kemas. Ini Yusri. Yusri seorang lelaki yang bergaya yang mana dia sentiasa berpakaian kemas setiap kali ke kelas. Dalam erti
Sumber diperoleh: Guru Pelatih Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada beberapa elemen iaitu persediaan ke alam sekolah dan kajian di sekolah. Sebelum seorang pendidik memulakan kariernya sebagai seorang guru, mereka perlu mengetahui beberapa perkara. Sebagai contohnya, seorang guru perlu mengetahui cara-cara untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berjalan dengan lancar mampu menarik minat pelajar menuntut ilmu. Oleh itu, seorang pendidik perlu mengetahui perkara-perkara penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan.