Sumber diperoleh: Pelbagai kaum
Pendidikan di Malaysia mengutamakan kesamarataan kepada masyarakatnya.
Sebagai contohnya, wujudnya sekolah jenis kebangsaan kepada kaum Cina dan
India. Hal ini demikian kerana Malaysia mengutamakan bangsanya tidak kira kaum
dan warna kulit untuk menuntut ilmu.
Dalam erti kata lain,
Malaysia ingin memupuk sikap perpaduan dalam jiwa rakyatnya. Oleh itu, semua
kaum di Malaysia tidak kira kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli atau kaum lain
dapat bersekolah dengan aman tanpa berlaku perbalahan. Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana Malaysia hidup aman makmur tanpa
berlakunya perbalahan kaum dalam menuntut ilmu. Semua kaum berhak untuk
menuntut ilmu malah kerajaan mensyaratkan semua rakyatnya wajib menuntut ilmu
dan bersekolah.