Sumber diperoleh: Perpustakaan
Bilik sumber merupakan sebuah bilik yang menyediakan pelbagai kemudahan
atau sumber kepada guru dan pelajar untuk membuat rujukan. Sebagai contohnya
seperti perpustakaan, Perpustakaan ini telah memberi
kemudahan kepada pelajar dan guru lain untuk mengakses data tidak kira dari
sumber bercetak atau tidak bercetak seperti buku-buku rujukan, CD atau lama
sesawang secara atas talian.
Perpustakaan ini dijaga
dan dikawal oleh guru yang bertanggungjawab serta dibantu oleh pelajar-pelajar
yang telah dilantik. Sebagai contohnya, guru-guru perpustakaan akan dibantu
oleh pengawas perpustakaan dalam memantau dan mengawal pelajar yang menggunakan
perpustakaan dari mengelakkan sebarang kecurian.