Sumber diperoleh: Guru Pelatih
Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada beberapa elemen iaitu
persediaan ke alam sekolah dan kajian di sekolah. Sebelum seorang pendidik
memulakan kariernya sebagai seorang guru, mereka perlu mengetahui beberapa
perkara. Sebagai contohnya, seorang guru perlu mengetahui cara-cara untuk
merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berjalan dengan lancar mampu
menarik minat pelajar menuntut ilmu.
Oleh itu, seorang pendidik
perlu mengetahui perkara-perkara penting dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mampu
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan.