Dari minggu pertama Pengurusan Pembelajaran (KPS3014) sehingga kini saya amat tertarik dengan personaliti seorang rakan yang sekelas dengan saya. Personaliti rakan saya sebanyak sedikit memberi kesan kepada saya dari hari ke hari.
Ini Shafiq. Dia merupakan mahasiswa dari Fakulti Teknologi dan Vokasional. Dia dari program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga dengan Kepujian. Perwatakan yang saya tertarik dengan dia ialah Shafiq seorang yang fokus. Walaupun kadang-kadang sesi pembentangan mahasiswa kelihatan bosan, namun Shafiq tetap fokus dan mengambil nota terhadap sesi pembentangan tersebut. Selain itu, Shafiq merupakan seorang yang bersopan santun. Hal ini demikian kerana cara percakapannya dengan pensyarah mahupun rakan-rakan sangatlah lemah lembut dan bersopan santun. Akhir sekali, walau apa pun keadaan Shafiq sentiasa berpakaian kemas.

Ini Yusri. Yusri seorang lelaki yang bergaya yang mana dia sentiasa berpakaian kemas setiap kali ke kelas. Dalam erti kata lain, Yusri banyak memakai baju kemeja setiap kali ke kelas. Selain daripada itu, Yusri juga fokus dalam kelas. Hal ini dapat dilihat daripada soalan-soalan yang Yusri tujukan kepada para pembentang. Soalan-soalan yang ditujukan kebanyakkannya memberi pencerahan kepada saya dalam memahami tajuk pembentangan yang dibentangkan. Seterusnya, Yusri merupakan seorang yang bersopan-santun kerana setiap tutur kata yang digunakan dalam percakapan mudah difahami dan tidak menggunakan bahasa yang kasar.
~ Sekian, terima kasih ~