Sumber diperoleh: Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Guru kelas merupakan insan yang paling hampir dengan pelajar. Hal ini
demikian kerana guru kelas dipertanggungjawabkan menguruskan perkara berkaitan
hal-hal pelajar. Sebagai contohnya, seorang guru kelas perlu mengumpul dan
mengutip data-data peribadi pelajar dan dimuat naik ke dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM). Selepas data dimuat naik ke dalam sistem aplikasi tersebut, data-data
tersebut perlu dikemas kini dari masa ke masa.
Guru kelas perlu mempunyai
sifat sabar dalam melayan kerenah pelajar dalam memperoleh maklumat data
peribadi mereka. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pelajar akan
mengakibatkan proses memuat naik data tergendala kerana tidak menyerahkan data
peribadi mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, guru kelas perlulah
bertanggungjawab dan amanah dalam memastikan data-data peribadi pelajar tidak
tersebar ke pihak yang tidak bertanggungjawab.