Sumber diperoleh: Sosiologi
Berdasarkan Amir Hasan (2002), sosiologi merupakan sebuah kajian yang
sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam
masyarakat daripada pelbagai sudut. Daripada maksud tersebut terdapat 3 elemen yang
difokuskan iaitu sistematik dan saintifik, masyarakat dan sudut. Tujuan utama
sosiologi ini wujud adalah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia
dari segi tekanan dan sebagainya.
Sosiologi pendidikan lebih
tertumpu pada pendidikan. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan merupakan
kajian yang sistematik da saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan
masyarakat yang mempengaruhi beberapa aspek. Oleh itu, sosiologi pendidikan
amat penting dalam memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan bersesuaian
dengan negara kita iaitu Malaysia.