Sumber diperoleh: Interaksi Guru dan Pelajar
Interaksi merupakan suatu proses berhubung yang melibatkan dua pihak atau
lebih. Dalam bahasa mudahnya interaksi merupakan proses berbual yang memerlukan
dua individu atau lebih. Interaksi ini melibatkan pertukaran maklumat.
Interaksi terbahagi kepada tiga jenis iaitu interaksi sehala, dua hala dan
kumpulan.
Interaksi sehala
melibatkan guru dan pelajar. Interaksi dua hala melibatkan guru dan pelajar
serta pelajar dan guru. Interaksi kumpulan melibatkan guru dan pelajar, pelajar
dan guru serta pelajar dan pelajar. Oleh itu, interaksi yang berkesan memberi
impak terhadap kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.