Sumber diperoleh:Pengetua
Setiap sekolah menengah di Malaysia diketuai oleh seorang guru yang bergelar pengetua. Pengetua merupakan seorang guru yang bertanggungjawab dalam
mengawal sesebuah organisasi sekolah. Oleh itu, berdasarkan carta organisasi sekolah,
pengetua berada di kedudukan bahagian paling atas hierarki carta organisasi.
Hierarki tersebut akan diikuti dengan guru penolong kanan yang terbahagi kepada
empat iaitu guru penolong kanan akademik dan pentadbiran, guru penolong kanan
hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum dan guru penolong kanan
petang. Guru penolong kanan ini bertanggungjawab membantu pengetua dalam
mengurus perkara-perkara mengikut bahagian masing-masing.
Guru-guru penolong kanan
ini dibantu oleh guru-guru sekolah termasuklah guru disiplin, guru kaunseling
dan lain-lain. OAkhir sekali, semua guru seharusnya bekerjasama bagai aur dengan
tebing berganding bahu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam mendidik pelajar agar mereka cemerlang dalam
pendidikan mereka. Pengetua yang berprestasi cemerlang mampu menyelia dan mengawal sekolah dengan cemerlang.