Skip to main content

Pengurusan Pendidikan Pelbagai Upaya

Sumber diperoleh: Murid Pelbagai Upaya

Pendidikan Malaysia mengutamakan anak bangsanya menuntut ilmu tidak kira kelainan upaya. Hal ini demikian kerana ilmu pelita hidup. Malaysia telah membina beberapa sekolah khusus yang menawarkan beberapa program bersesuaian dan memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek emosi dan sosial individu berkeperluan khas.
            Kesimpulannya, menuntut ilmu amat penting tidak kira anda berkeperluan khas. Oleh itu, semua ibu bapa dan masyarakat serta pihak kerajaan perlu berganding bahu bekerjasama bagai aur dengan tebing memberi kesedaran kepada semua bahawa wujudnya sekolah berkeperluan khas kepada mereka yang memerlukan. Maka ibu bapa dan masyarakat perlu memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas untuk hidup seperti insan lain merasai suasana bersekolah dan suasana menuntut ilmu.

Popular posts from this blog

Pengurusan Bilik Sumber

Sumber diperoleh:  Perpustakaan Bilik sumber merupakan sebuah bilik yang menyediakan pelbagai kemudahan atau sumber kepada guru dan pelajar untuk membuat rujukan. Sebagai contohnya seperti perpustakaan, Perpustakaan ini telah memberi kemudahan kepada pelajar dan guru lain untuk mengakses data tidak kira dari sumber bercetak atau tidak bercetak seperti buku-buku rujukan, CD atau lama sesawang secara atas talian.             Perpustakaan ini dijaga dan dikawal oleh guru yang bertanggungjawab serta dibantu oleh pelajar-pelajar yang telah dilantik. Sebagai contohnya, guru-guru perpustakaan akan dibantu oleh pengawas perpustakaan dalam memantau dan mengawal pelajar yang menggunakan perpustakaan dari mengelakkan sebarang kecurian.

Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

Sumber diperoleh:  Bilik Darjah Pengurusan merupakan proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan, menurut Stoer (1984). Oleh itu, pengurusan amat penting bagi setiap guru di sekolah dalam mengawal keadaan semasa mengajar mahupun semasa melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah. Pengurusan dapat melahirkan seorang guru yang produktif.             Pengurusan boleh terbahagi kepada dua iaitu pengurusan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan pengawalan guru dalam memimpin proses pengajaran dan pembelajaran, fizikal, tingkah laku dan disiplin pelajar dalam bilik darjah. Pengurusan sekolah pula melibatkan pihak lain iaitu guru, pelajar, kakitangan sekolah dan sebagainya. Pengurusan sekolah amat penting dalam memastikan organisasi sekolah dalam keadaan yang dinamik dan stabil.

Pengurusan Alam Pembelajaran

Sumber diperoleh:  Guru Pelatih Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada beberapa elemen iaitu persediaan ke alam sekolah dan kajian di sekolah. Sebelum seorang pendidik memulakan kariernya sebagai seorang guru, mereka perlu mengetahui beberapa perkara. Sebagai contohnya, seorang guru perlu mengetahui cara-cara untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berjalan dengan lancar mampu menarik minat pelajar menuntut ilmu.             Oleh itu, seorang pendidik perlu mengetahui perkara-perkara penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan.

Interaksi dan Pembelajaran

Sumber diperoleh:  Interaksi Guru dan Pelajar Interaksi merupakan suatu proses berhubung yang melibatkan dua pihak atau lebih. Dalam bahasa mudahnya interaksi merupakan proses berbual yang memerlukan dua individu atau lebih. Interaksi ini melibatkan pertukaran maklumat. Interaksi terbahagi kepada tiga jenis iaitu interaksi sehala, dua hala dan kumpulan.             Interaksi sehala melibatkan guru dan pelajar. Interaksi dua hala melibatkan guru dan pelajar serta pelajar dan guru. Interaksi kumpulan melibatkan guru dan pelajar, pelajar dan guru serta pelajar dan pelajar. Oleh itu, interaksi yang berkesan memberi impak terhadap kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Organisasi Dan Kepimpinan

Sumber diperoleh: Pengetua Setiap sekolah menengah di Malaysia diketuai oleh seorang guru y ang bergelar pengetua. Pengetua  merupakan seorang guru yang bertanggungjawab dalam mengawal sesebuah organisasi sekolah. Oleh itu, berdasarkan carta organisasi sekolah, pengetua berada di kedudukan bahagian paling atas hierarki carta organisasi. Hierarki tersebut akan diikuti dengan guru penolong kanan yang terbahagi kepada empat iaitu guru penolong kanan akademik dan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan kokurikulum dan guru penolong kanan petang. Guru penolong kanan ini bertanggungjawab membantu pengetua dalam mengurus perkara-perkara mengikut bahagian masing-masing.             Guru-guru penolong kanan ini dibantu oleh guru-guru sekolah termasuklah guru disiplin, guru kaunseling dan lain-lain. OAkhir sekali, semua guru seharusnya bekerjasama bagai aur dengan tebing berganding bahu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malays

Pengurusan Penasihatan Murid

Sumber diperoleh:  Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Proses penasihatan murid terbahagi kepada empat iaitu penasihatan, bimbingan, mentoring dan kaunseling. Penasihatan, bimbingan dan mentoring boleh dilakukan oleh mana-mana guru yang berpengalaman dan berpengetahuan, namun kaunseling hanya boleh dilakukan oleh guru yang bertanggungjawab dan telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun guru besar.             Pengurusan penasihatan murid amat penting dalam sesebuah sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar meluangkan banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu, pelajar yang bermasalah memerlukan seseorang yang lebih tua dari mereka dan boleh dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Kebanyakan pelajar tidak akan meluahkan masalah yang dihadapinya dengan ahli keluarga. Maka, guru kaunseling berperanan dalam membimbing dan menasihati pelajar-pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Personaliti

Dari minggu pertama Pengurusan Pembelajaran (KPS3014) sehingga kini saya amat tertarik dengan personaliti seorang rakan yang sekelas dengan saya. Personaliti rakan saya sebanyak sedikit memberi kesan kepada saya dari hari ke hari. Ini Shafiq. Dia merupakan mahasiswa dari Fakulti Teknologi dan Vokasional. Dia dari program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga dengan Kepujian. Perwatakan yang saya tertarik dengan dia ialah Shafiq seorang yang fokus. Walaupun kadang-kadang sesi pembentangan mahasiswa kelihatan bosan, namun Shafiq tetap fokus dan mengambil nota terhadap sesi pembentangan tersebut. Selain itu, Shafiq merupakan seorang yang bersopan santun. Hal ini demikian kerana cara percakapannya dengan pensyarah mahupun rakan-rakan sangatlah lemah lembut dan bersopan santun. Akhir sekali, walau apa pun keadaan Shafiq sentiasa berpakaian kemas. Ini Yusri. Yusri seorang lelaki yang bergaya yang mana dia sentiasa berpakaian kemas setiap kali ke kelas. Dalam erti

Pengurusan Bilik Darjah

Sumber diperoleh:  Bilik Darjah Frog Bilik darjah merupakan bilik yang terdapat di semua sekolah yang mana proses pengajaran dan pembelajaran antara pelajar dan guru berlaku. Sesebuah bilik darjah memiliki meja dan kerusi untuk para pelajar dan guru, papan putih untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran, papan kenyataan untuk kegunaan penyebaran ilmu dan informasi serta sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik agar pelajar dapat fokus semasa belajar.             Pada era pemodenan, Pendidikan Alaf 21 telah diperkenalkan. Dalam pendidikan ini, terdapat banyak pembaharuan yang telah dilakukan dalam sesebuah kelas. Sebagai contohnya, sistem pembelajaran menggunakan internet, pemasangan alatan teknologi untuk kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran seperti projektor dan skrin LCD. Pendidikan ini telah menarik minat pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, pendidikan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan peratus lulus dalam pembelajaran. 

Sosiologi dan Pembelajaran

Sumber diperoleh:  Sosiologi Berdasarkan Amir Hasan (2002), sosiologi merupakan sebuah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Daripada maksud tersebut terdapat 3 elemen yang difokuskan iaitu sistematik dan saintifik, masyarakat dan sudut. Tujuan utama sosiologi ini wujud adalah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia dari segi tekanan dan sebagainya.             Sosiologi pendidikan lebih tertumpu pada pendidikan. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan merupakan kajian yang sistematik da saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat yang mempengaruhi beberapa aspek. Oleh itu, sosiologi pendidikan amat penting dalam memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan bersesuaian dengan negara kita iaitu Malaysia.