Sumber diperoleh: Bilik Darjah Frog
Bilik darjah merupakan bilik yang terdapat di semua sekolah yang mana
proses pengajaran dan pembelajaran antara pelajar dan guru berlaku. Sesebuah
bilik darjah memiliki meja dan kerusi untuk para pelajar dan guru, papan putih
untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran, papan kenyataan untuk kegunaan
penyebaran ilmu dan informasi serta sistem pengudaraan dan pencahayaan yang
baik agar pelajar dapat fokus semasa belajar.
Pada era pemodenan,
Pendidikan Alaf 21 telah diperkenalkan. Dalam pendidikan ini, terdapat banyak
pembaharuan yang telah dilakukan dalam sesebuah kelas. Sebagai contohnya,
sistem pembelajaran menggunakan internet, pemasangan alatan teknologi untuk kemudahan proses
pengajaran dan pembelajaran seperti projektor dan skrin LCD. Pendidikan ini
telah menarik minat pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran. Oleh itu,
pendidikan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan peratus lulus dalam
pembelajaran.