Sumber diperoleh: Bilik Darjah
Pengurusan boleh terbahagi
kepada dua iaitu pengurusan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Pengurusan
bilik darjah melibatkan pengawalan guru dalam memimpin proses pengajaran dan
pembelajaran, fizikal, tingkah laku dan disiplin pelajar dalam bilik darjah.
Pengurusan sekolah pula melibatkan pihak lain iaitu guru, pelajar, kakitangan
sekolah dan sebagainya. Pengurusan sekolah amat penting dalam memastikan
organisasi sekolah dalam keadaan yang dinamik dan stabil.