Sumber diperoleh: Surat Pekeliling
Bilik pembelajaran adalah bilik yang mana proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di luar bilik darjah. Bilik pembelajaran ini termasuklah
makmal sains (kimia, biologi dan fizik), bengkel kemahiran, padang dan banyak
lagi. Setiap bilik pembelajaran ini dijaga dikawal oleh guru yang mata
pelajaran yang bertanggungjawab. Misalnya, makmal fizik dijaga dan dikawal oleh
guru mata pelajaran fizik di bantu oleh pembantu makmal sekolah yang telah diamanahkan
oleh pengetua.
Setiap bilik pembelajaran
sepatutnya mengikut piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai contohnya makmal kimia seharusnya
terletak di aras bawah, diikuti makmal biologi di aras satu dan makmal fizik di
aras dua. Namun seelok-eloknya kesemua makmal terletak di aras bawah bangunan.
Selain daripada itu, setiap papan kenyataan di dalam setipa bilik pembelajaran
seharusnya mempunyai carta organisasi, pelan keselamatan, peraturan serta kata-kata
peringatan seperti ‘Utamakan Keselamatan’. Perkara-perkara di atas amat penting
dan semua guru serta pelajar perlu mengetahuinya kerana sekiranya berlaku
kecemasan setiap pelajar mengetahui tindakan yang perlu diambil.