Sumber diperoleh: Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Proses penasihatan murid terbahagi kepada empat iaitu penasihatan,
bimbingan, mentoring dan kaunseling. Penasihatan, bimbingan dan mentoring boleh
dilakukan oleh mana-mana guru yang berpengalaman dan berpengetahuan, namun
kaunseling hanya boleh dilakukan oleh guru yang bertanggungjawab dan telah
dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun guru besar.
Pengurusan penasihatan
murid amat penting dalam sesebuah sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar
meluangkan banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu, pelajar yang
bermasalah memerlukan seseorang yang lebih tua dari mereka dan boleh dipercayai
untuk meluahkan masalah mereka. Kebanyakan pelajar tidak akan meluahkan masalah
yang dihadapinya dengan ahli keluarga. Maka, guru kaunseling berperanan dalam
membimbing dan menasihati pelajar-pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh mereka.